Wednesday, April 5, 2017

Family holiday in Hong Kong.

Alhamdulillah, percutian kali ini dipermudahkan oleh- Nya. Seminggu juga duduk fikir dan risau kan macam mana nak handle Dayyan dan Danish sebab ni kira first time travel naik flight dengan double DH ni. Fuhh.. Kalau berdasarkan pengalaman travel naik kereta, Danish ni jenis yang agak susah nak duduk diam dalam car seat dia. Sejam pertama tu mungkin boleh, tu pun kena ade toys or buku yang boleh buat dia ralik kejap. Lepas tu, memang sedia la nak berkejar dengan dia dalam kereta tu.

Just arrived Disney's Hollywood Hotel. Lobby hotel ni pun da cantik sangat, okay. Oh ye, sepanjang kami kat sana suhu dalam 16 to 23 Deg C macam tu.  Sejuk- sejuk macam ni, Danish mentido je keje dia. Dayyan and mommy yang da tak tentu arah nampaknya. Haha.. Kat lobby ni aje da ade Celebrity gifts store yang ade macam, macam, macam merchandise yang comel- comel. Geram je nak beli semua.

Mickey mouse is everywhere. Dayyan dan Danish dah excited tu. Cermin kepala Mickey, button lift kepala Mickey, even dalam lift pun ade suara Mickey dan Chip and Dale. Eh, semua la comel. Hehe.. Ok jom, mommy pun da tak sabar nak tengok bilik kita and landing time la, ape lagi.

Sampai je bilik Dayyan da berlari nak amek belon dan soft toy yang ade atas katil. Yang ni memang surprise sangat sebab tak sangka pulak pihak hotel decorate bilik sempena anniversary ke-5 kami. Danish mamai lagi tu. Tapi lepas tu siapla dia round satu bilik. So far, bilik kami takde la besar sangat tapi tilam, bantal dan kemudahan yang ada semuanya selesa dan best. Yang buat lagi teruja, hampir semua barang ada Mickey Mouse, paling tak pun kepala Mickey. Comel sangat, okay. Rasa macam nak lempang je.

Access room card hotel ni pun wow sangat tau, Ironman favourite abang Dayyan dan daddy. Oh ye.. Ape yang lagi best, kad ni boleh bawak balik tau, as a souvenir from Disney's Hollywood Hotel. Da simpan elok pun dalam almari kat rumah kita.

And.. Here we are. A must have gambar, I guess. First day ni kite tangkap gambar kat signboard je dulu eh. Esok baru kite masuk dalam ye anak- anak dan daddy. Rasa macam nak nangis pun ye sebab impian masa muda remaja nak sampai sini tercapai jugak, walaupun da jadi mommy remaja sekarang ni. Sampai gambar pun senget- sengetkan. Seni gitu. Haha.. 

To be continued..

Sunday, March 5, 2017

Jalan- jalan Pasar Kuala Besut.

First thing yang Nunu nak bagitau, Pasar Kuala Besut is awesome. Nak- nak dapat dating berdua dengan Mr. Hubby yang handsome dan belanja kite shopping kat sini. Hehe. Kenapa la almost 5 years kahwin tapi ni baru fist time Nunu sampai sini? Why, why and why? :)

Suasana pasar jam 11 pagi. Agak panas tapi sebab excited nak explore pasar ni, lek jer kitorang jalan pusing-pusing pasar 2 jam. Haha.. Besar kot pasar ni, 2 jam pun rasa tak sempat nak cover semua tempat yang ada. 

Setiap kali pegi pasar minggu ke, pasar malam or bazar ramadan kat Besut, gerai kuih-muih macam ni memang akan jadi tempat favourite Nunu. Kuih- kuih tradisional ni memang kegemaran Nunu nak- nak kuih yang agak 'rare' nak jumpa kat KL kan. So far, kuih yang Nunu suka dan agak susah nak dapat ialah sagupal @ asam gumpal. Kalau tak sure macam mana bentuk kuih ni leh try google ye. First time Nunu rasa kuih ni kat majlis kahwin kat Besut jugak. Sedapnye, mana nak cari kat KL ni?

Okay, jom la kita balik sebab tangan da penuh nak pegang barang. Hehe. Thank you birthday boy untuk semua 'birthday treats' yang kat tangan tu. First time Nunu rasa dapat berbelanja yang sangat berbaloi- baloi. Next trip balik kampung, Pasar Kuala Besut ni akan masuk dalam list Nunu lagi dan lagi.

Friday, January 6, 2017

Al- Fatihah buat mama.

Setiap kali tiba pagi Jumaat, perasaan Nunu mesti rasa lain. Selama beberapa bulan ni, banyak sangat perkara or rutin yang berubah. Semoga Nunu diberikan kekuatan sebagai mana Allah berikan kekuatan dekat semua ibu dan bapa diluar sana. Terlalu banyak sebenarnya yang Nunu nak luahkan kat sini, betapa sedihnya, betapa rindunya dan betapa kesalnya. Hanya Allah saja yang tahu.

Jumaat, 8 Julai 2016 bersamaan dengan 3 Syawal satu lagi tarikh yang mungkin tidak dapat Nunu lupakan tahun lepas. Hampir 6 bulan berlalu, tapi Nunu still tak kuat nak menaip untuk entri ni. Pemergian seorang ibu yang melahirkan Nunu, yang menjaga Nunu, yang membesarkan Nunu dan banyak sangat pengorbanannya yang tak sempat Nunu nak balas sepanjang hayatnya. Betul la cakap orang, berbuat baiklah dan berjasalah dengan kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup sebab kita tak tau mungkin esok kita dah tak dapat nak dengar suara dan gelak tawa mereka lagi.

Malam tadi, masa Dayyan tengah duduk leka main toy baru yang daddy belikan, tiba- tiba dia cakap 'Fish ni untuk mama wan, yang ni untuk tok papa. Abang nak jumpa mama, boleh?' Allah. Mama wan jauh sayang, jauh sangat. Setiap kali Dayyan sebut nama mama wan dia, Nunu memang takleh nak tahan air mata ni. Sedih sangat rasa. InshaAllah Dayyan selalu ingatkan Nunu dengan mama dan tak akan lupakan mama. Sepanjang 3 tahun mama jaga Dayyan dengan baik, memang nampak agak manja dengan mama wan dia tapi inshaAllah abang Dayyan akan membesar dengan kuat, sekuat mama lawan penyakit mama dulu.

Last but not least, thank you hubby yang sentiasa ade disisi selama ni. Thank you makcik pakcik yang banyak sangat tolong masa kami memerlukan. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian semua. Semoga Allah melindungi kita semua dan memaafkan dosa- dosa kita semua. Amin. InshaAllah, time will heal our loss..

Mama sentiasa dihati dan doa kami. Al-fatihah.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...